ASTAGFIRULLAH Seorang Oknum Ustad Ini Melakukan Tindakan Yang B**adab Terhadap Muridnya




Ustaz itu r*ba dan masukkan tangan dalam kain saya-mangsa|Seorang murid tahun enam mendakwa menjadi mangsa c*bul seorang ‘ustaz’ di sekolahnya dan kejadian itu dikatakan berlaku sejak Februari lalu.

Perkara itu terbongkar setelah ibu mangsa diberitahu rakan anaknya itu selepas berkunjung ke rumahnya di daerah ini.

Menurut sumber, ibu mangsa diberitahu rakan anaknya bahawa mangsa dir*ba di bahagian dada, punggung, kem4lu*n selain turut dic*um oleh lelaki berusia 59 tahun itu.

“Rakan mangsa juga memberitahu bahawa ustaz berkenaan ada memasukkan tangannya di dalam kain mangsa dan telah memegang kemaluannya serta menyuruh mangsa memegang kemaluannya.

“Wanita itu kemudiannya bertanya kepada anaknya dan mangsa memberitahu betul. Mangsa merupakan seorang yang bermasalah dalam pembelajaran,” katanya.

Ibu mangsa kemudiannya bertindak membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuala Terengganu kerana mengesyaki anaknya itu menjadi mangsa cabul dan membawanya menjalankan pemeriksaan di hospital.

Bertindak daripada laporan itu, pihak polis menahan seorang lelaki di kediamannya di sebuah kampung di sini (Gong Tok Nasek), jam 2 petang, kelmarin dan suspek direman untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.